Akal Seekor Kelkatu
Pada satu malam..tengah gelap gelita, keluarla sekumpulan kelkatu yang entah mai dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu Kelkatu beterbangan ke arah beberapa buah pelita yang di pasang di hadapan rumah (dekat2 raya la nie). Setiap kali mereka menghampiri pelita tersebut, maka jatuh dan binasalah mereka satu persatu. Binasa yang disebabkan oleh api pelita..tetapi bangkit semula.. seolah-olah tiada erti putus asa dalam kamus kehidupannya.
Termenung aku sejenak memikirkannya. Allah x menjadikan sesuatu itu dengan sia2 meskipun dalam kejadian lalat, nyamuk, dan juga kelkatu. Setiap kejadian punya hikmah yang tersendiri. Mungkin kita saja yang x menyedarinya. Jd, apakah hikmah Allah Taala menjadikan kelkatu?? hati kecilku berkata, sebodoh-bodoh kelkatu pun, ia lebih beruntung drp manusia kerana setelah kematiannya, ia tidak akan dihisab lg diakhirat kelak. Neuron dalam otakku mula bekerja..macam2 yg aku terfikir.. Manusia sekarang, kebanyakannya bijak2, pandai2, kaya2 dan bermacam-macam lagi yang diperlukan oleh dunia, TETAPI berotakkan kelkatu..
Kelkatu --> Ia tahu meredah api tersebut membinasakan diri..tetapi masih suka untuk meredahnya.. Akibat, binasalah ia lalu tersungkur ke bumi..
Begitu juga manusia..
- Mereka tahu meninggalkan solat boleh menjerumuskan diri ke dalam api neraka, TETAPI masih melakukannya..kerana lalai dengan kemewahan dunia..
- Mereka tahu bhwa merokok itu membahayakan kesihatan, TETAPI masih menghisapnya..Mungkin kerana nikmat menghisap rokok x sama seperti nikmat2 yang lain..Puas! tapi tak lain dan tak bukan hanyalah merosakkan diri sendiri..
- Mereka tahu bahawa menghampiri zina itu berdosa..NAMUN mereka tetap cuba mendekatinya..ini semua hanyalah perhiasan dunia..
- Mereka tahu bahawa neraka itu penuh dengan azab seksa, TETAPI ramai yang masih seronok melakukan kemungkaran dan perkara2 maksiat..Seolah-olah sedang menuju ke arah 'kecemerlangan' kebinasaan di Api Neraka Allah Taala..
Janganlah tertipu dengan kemanisan dunia kerana sesungguhnya kemanisan akhirat itu jauh lebih penting dari apa yang ada di dunia..

Muhasabahlah wahai sahabat~